Monday, August 22, 2011

TERMS & CONDITIONS

Illusion System Services telah ditubuhkan pada tahun 2005 , dan didaftarkan di Kelana Urban Center , Petaling Jaya dengan Nombor pendaftaran SA0019949-K.

Pada peringkat awal penubuhan syarikat, pihak kami lebih banyak mengurus dan melaksanakan perniagaan secara offline seperti CCTV, Komputer services, Networking, SMS Gateway, Security , Server Maintenance dan kini 2011 pihak kami mengembangkan lagi perniagaan dalam menjual beli E-currecy yang kebanyakkan perniagaan tersebut banyak dimonopoli oleh pihak luar. Bersesuaian dengan perkembangan negara dan perkembangan IT pihak kami maju kehadapan sebagai Foreign Exchange Dealer.

Sila fahami dan baca secara terperinci dibawah ini, sebagai memenuhi kepentingan diantara pihak Illusion System services dan pelanggan.


Berdasarkan undang-undang dan kepentingan syarikat, mana-mana induvidu yang berurusan dengan kami secara online @ offline terikat dengan peraturan & pengurusan syarikat malahan segala apa yang ada kepentingan dikira memenuhi kepentingan syarikat dan induvidu atau mana-mana yang berkaitan , pihak kami merujuk kepada (illusion system services) seperti berikut:

Foreign Exchange:
1.Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku perpindahan wang atau transaksi yang mencurigakan terhadap akaun dagangan kami tanpa memaklumkan pada kami sebelum transaksi atau perpindahan wang tersebut dilakukan dengan kegagalan menunjukkan bukti-bukti yang diperlukan oleh pihak syarikat.
2. setiap urusniaga yang kami lakukan adalah secara realtime , realtime bermaksud transaksi dua hala berlaku pada masa itu dan berakhir pada waktu itu juga.
3, Jika pendeposit wang melakukan transaksi secara online atau secara ATM anda dinasihati menyimpan dan menjaga sebaik mungkin resit tersebut. Sekiranya mana-mana pihak mengaku sebagai pendeposit, pihak kami memohon anda mengemukakan bukti atau mana-mana bukti yang bersesuaian dengan siasatan kami untuk pengesahan, sekiranya induvidu dan mana-mana pihak tidak dapat membuktikan tindakan mereka kami akan mengambil tindakan undang-undang mahkamah @ membatalkan deposit wang tersebut. Membatal disini diertikan sebagaikan hangus.
4. Sebarang kesulitan yang berlaku atau sebarang masalah yang berlaku pihak kami akan melakukan siasatan terhadap perkara tersebut selama 7-14 hari bagi mendapatkan jawapan dan keputusan.
5. setiap urusniaga transaksi dengan pihak kami, pengurusan pemindahan wang adalah dilakukan dengan segera tetapi sekiranya berlaku kelewatan "BANK" atau medium transaksi atau talian internet , sekurang-kurangnya 36 JAM. Selepas 36 JAM transaksi akan dilakukan secara manual.
4. Kami tidak pernah menjalankan perniagaan seperti berikut membenarkan pendeposit , mendeposit wang mereka ke akaun kami tanpa urusniaga secara realtime dan tanpa pengetahuan kami. kecuali mempunyai bukti yang kami sertakan seperti sms atau YM atau email yang membenarkan anda mendepositkan wang tersebut.
5. Berikutan perniagaan ini lebih menjerumus kepada perniagaan secara atas talian, pihak syarikat menitik beratkan nilai-nilai kejujuran, displin dan amanah , tindakan undang-undang mahkamah akan kami ambil sekiranya mana-mana pihak menyalahi perkara tersebut.
6. Setiap transaksi akaun melibatkan akaun dagangan dengan kami, segala transaksi adalah bermula dengan induvidu atau mana-mana pihak dahulu yang berminat berurusan dengan kami. Pihak kami tidak akan melakukan sebarang transaksi terlebih dahulu, berikutan pihak kami amat menitik beratkan keselamatan.
7. Pihak kami akan mengambil tindakan undang-undang atau mahkamah sekiranya didapati mana-mana induvidu atau pihak yang terlibat mengambil kesempatan yang dikira sebagai jenayah diatas perkhidmatan kami, segala kos guaman dan kos-kos tanggungan kami adalah tanggungan induvidu atau mereka tersebut.
* penambahan syarat-syarat akan ditambah dari masa ke semasa dan ianya untuk kepentingan syarikat dan induvidu atau mana-mana pihak bersesuaian dengan akta syaraikat kami.

No comments:

Post a Comment