Monday, August 22, 2011

SCAMMER DAN HACKER!!

Assalamulaikum kepada semua pengunjung, terima kasih diatas sambutan dan sokongan saudara saudari diatas perkhidmatan saya, disini saya ingin mengambil kesempatan untuk memberi peringatan terutama kepada pelanggan baru dan lama , dimana semakin hari semakin banyak berlakunya scam dan hack terutama pc komputer , kepada mereka yang telah menjadi mangsa saya simpati diatas apa yang berlaku, namun kepada mereka yang masih bernasib baik seelok eloknya ambillah tindakan segera terutama mengemaskini data-data dan komputer anda.

tidak dinafikan saya sendiri juga hampir di hack oleh seseorang, malahan saya juga dapat mengesan tindakan mereka , tetapi alhamdullilah syukur tiada apa yang berlaku pada masa ini.

mungkin ini langkah yang sesuai bagi mereka yang ingin memastikan bahawa mereka dalam keadaan selamat melayari internet:
1. sentiasa update / mengemaskini/ memperbaharui setiap password dan username sekurang2 nya selama 1 minggu.
2. rahsiakan segala indentiti dan makluamt penting.
3. elakkan berhubung dengan mereka yang secara tiba-tiba (yang tidak dikenali) berhubung dengan anda, berbincang atau berborak tanpa ada hala tujuan. ini adalah langkah sebenarnya untuk menguasai komputer anda ketika anda online @ remote pc akan dilakukan ketika anda tidak lagi menumpukan pada komputer anda.
4. berhati-hati apabila menerima file yang tidak diminta, kerana file tersebut mengandungi sisipan code programming yang boleh mencetuskan connection diantara perisian mereka.
5. perbanyakkan ilmu terutama keselamatan komputer bagi memastikan anda sentiasa selamat didunia maya.

No comments:

Post a Comment